Sunday, April 19, 2009

Semoga..

Youtube adalah suatu invention yang sgt bagus bg mereka yang tahu memanfaatkannya. Alhamdulillah melalui Youtube, byk video best2 yang saya jumpa..tak nafikan yang kdg2 pn saya cari video yang berunsur entertainment..tapi ada juga cari video2 yang berunsur ilmiah atau educational.

Beberapa hari yang lepas, saya byk download video kartun Upin dan Ipin..yelah, kat rumah ni kan banyak budak..jadi bila izani, athif dan afiq dtg, bolehlah diorang tengok. Tkdelah kacau mak..taklah mak pening kepala nak jaga semua. So untuk beberapa ketika, they can all sit down and watch the cartoon quietly while mak buat kerja rumah.

Tadi, tgh cari2 video yang best, terjumpa satu video bertajuk "
Beautiful Recitation, People Crying - Must See - will surely shed your tears". Video ni memaparkan bacaan Quran oleh Imam Mishari Al-Afasi. Saya suka Mishari Al-Afasi..bila dia baca Quran, begitu asyik sekali. Dia betul-betul menghayati makna setiap perkataan yang dilafazkan..

Rasanya dari tajuk video ni pn kita boleh tahu...Imam membacakan surah Fussilat ayat 19-36. Subhanallah, semoga Allah memberikan pahala yang banyak buat imam...bacaannya menggetarkan hati saya. Rasa sedih sgt bila dengar ayat yang dibaca...sedih kerana mengenangkan dosa yang begitu byk yg telah saya lakukan. Sedih kerana saya bukanlah seorang hamba Allah dan Muslim yang taat dan baik..terlalu banyak kekurangan dalam ibadah..saya tidak menunaikan hak Allah dengan baik. Allah telah memberikan saya sebegitu banyak ni'mat, tetapi saya masih tetap melakukan dosa dan ma'siat. Tegarnya saya. Ya Allah, berikanlah ku hidayah...kurniakanlah buatku cahaya taubat..cahaya untuk pulang ke jalanMu. Ya Allah, jangnlah Kau biarkan hati ini mati..Ya Allah, janganlah kau tinggalkan ku terus bergelumang dengan dosa! Ya Allah, ku mohon rahmatMu dan pengampunanMu!

Saya pasti setiap orang Islam yang mencintai Allah dan rasulNya, mencintai agama Islam..pasti berdoa dan mengharapkan yang sama...semoga doa kita semua maqbul..semoga amalan dan ibadah kita semua diterima Allah swt. Tak lupa juga semoga Allah merahmati Imam Mishari dan juga imam2 yang lain yang banyak menggetarkan hati orang Islam dan mengingatkan mereka tentang tujuan ciptaan mereka di dunia in
i...

No comments: