Saturday, April 18, 2009
Bila abah tiada...
Dalam hidup ni, abahlah yang menjadi pendorongku yang paling kuat ...He is my biggest motivator. Kepercayaannya pada diriku begitu teguh, tidak pernah goyah... kalau aku rasa ragu, abahlah yang tetapkan keyakinanku. Abahlah yang kuatkan azamku. Setiap perkara yang aku lakukan..di mindaku, semoga mak dan abah akan sentiasa bangga denganku. Semoga segala pengorbanan mak dan abah buatku dan adik-adik berbaloi. Aku takut sangat- sangat mengecewakan mereka, terutama sekali abah. Kerana aku tahu, harapannya padaku menggunung.
Rumah ini rasa kurang dan kosong bila abah tiada...tidak kedengaran suara abah membaca Quran lepas solat Maghrib, ataupun suara abah azan memanggil kami untuk solat jemaah. Dulu kalau setiap kali aku balik, abah mesti tanya macam-macam..smpai kadang-kadang rimas rasanya dn malas nk jawab..tapi sekarang, kan bagus abah ada. Dengan abahlah aku berkongsi segala cerita, bertanya macam-macam soalan...dengan abahlah tempatku berdebat. Bila abah akan balik??
Pada waktu-waktu ini, aku rasa sedih sangat bila teringatkan abah. Makan tak abah? sihat tak? Mesti dia juga sedih dan teringatkan kat mak dan kami adik-beradik. Ya Allah, kuatkanlah hati abahku dan peliharalah dia dari segala bahaya, kezaliman dan fitnah.
Mak kata kat aku seminggu yang lepas..yang abah kata aku anak kesayangan dia. Subhanallah, sebak sangat masa tu...teringat semua waktu-waktu aku lawan cakap abah...bila aku degil sangat, smpai abah mengalah. Ya Allah!! Teringat juga bila abah belikan makanan yang aku suka, bawa pergi jalan-jalan, belikan semua barang-barang yang aku nak..bila fikirkan semua tu, aku sedar yang hampir semua yang aku nak, mak dan abah tunaikan..tak pernah kurang. Macam-macam abah buat untuk aku untuk lihat aku berjaya. Kadang-kadang dia sampai bersusah dan terpaksa menanggung malu demi aku dan adik-adik. Ya Allah! Agungnya kasih seorang ayah. Ya Allah! Betapa besarnya nikmatMU padaku bila Kau kurniakan seorang abah yang begitu mengasihi anak-anaknya.
Dan aku berdoa:
Ya Allah! Sesungguhnya Kau mendengar rintihan hati hamba-hambaMu dan tangisan mereka. Ya Allah! Kau tahu akan segala kesedihan dan kerisauan di hati mereka. Ya Allah, hanya padaMu aku mengadu dan berharap...Ya Allah! Janganlah Kau duga kami sekian rupa hingga tak terdaya. Ya Allah! Doaku semoga abah cepat pulang ke pangkuan kami, ke pangkuan mak dan kami adik-beradik ...kerana bila abah tiada, hidupku hilang maknanya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment